Bicara Santai : Didik Anak 0-7 tahun bersama Guru-guru

cigu3 cikgu1 cikgu2 cikgu4 cikgu5 cikgu6 cikgu7

 

Tim ke sekolah.

Rabu lalu, pertama kali tim bicara santai dijemput mengadakan program di sekolah untuk guru guru.

Pada awalnya, menggeletar juga lutut ini mahu bercakap di hadapan para guru yang lebih arif lagi bijaksana.

Lagipula konsep program ini lebih kepada komunikasi dua hala dan bukannya seminar. Saya lebih suka mendengar soalan dan pengalaman hadirin.

Mujur guru penganjur memahami konsep kami dan membuatnya dalam bilik darjah yang selesa seperti di rumah supaya ia jadi lebih santai dan personal dalam jumlah yang tidak ramai.

“Bagaimana mahu melarang anak asyik tengok tv dan main game saja bila cuti sekolah?”

“Ada kesan tak anak yang tidak merangkak dulu?”

“Bagaimana nak bercakap dengan anak remaja lingkungan umur 20 tahun ni? Kadang, dia suka berjumpa kawannya banding nak jumpa ahli keluarga sendiri.”

“Bagaimana kita boleh buat dengan murid yang bermasalah ni hingga lari lompat pagar dari sekolah?”

“Bagaimana nak beri kesedaran pada ibubapa yang anaknya darjah 6 pun masih tak boleh membaca?”

Soalan soalan yang mencabar saya dapat dari para guru yang tinggi dedikasinya terhadap keluarga dan kerjaya. Allah..

Saya bercadang mengumpulkan soalan-jawapan perkongsian sepanjang program yang kami adakan ini untuk dibukukan.

(Saya juga sangat mengalukan soalan dari perspektif para bapa di sini..)

Sebenarnya pun program dan tim Bicara santai : Mudahnya Didik Anak 0-7 tahun ini dicetuskan oleh seorang bapa muda. Beliau berazam memperbaiki cara dan ilmu dalam mendidik ank kecil hari ini yang tidak sama caranya dengan satu masa dahulu.

Lalu, saya dipelawa bersama dalam tim ini kerana beliau mahu tahu praktikaliti bersama prinsip asas di sebalik tingkahlaku anak kecil.

Bergabung tenaga dengan pengusaha tadika citra alam yang punya banyak aktiviti kreatif yang boleh dibuat di rumah.

Alhamdulillah, hasil perkongsian dan perbincangan bersama para guru, mereka bercadang mengadakan program ini khas untuk ibubapa murid kelas corot pula 28 mac ini.

Insha Allah!

Tip santai :

1. Sentiasa gunakan soalan berbentuk “apakah” ketika berbual bual dengan anak remaja. Soalan / perbualan perlu bersifat “open-ended question”.

2. Berpegang kepada 4 tahap pendidikan anak anak yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

3. Tahap pertama ini adalah masa untuk memenuhkan tangki emosi anak sebelum memasuki tahap seterusnya. Kurangkan marah. Umur 0-7 tahun adalah usia emas. Pelaburan terbesar harus dilakukan pada masa ini.

4. Tingkahlaku anak kecil bukan berbentuk dosa. Ia adalah cerminan fitrah. Fitrah yang terbentuk atas faktor ilmu dan tingkahlaku ibubapanya sendiri.

5. Seiring masa berlalu, melangkah tahap kedua dan seterusnya anak anak belum tentu menjadi milik kita sepenuhnya lagi seperti masa semasa mereka kecil. Mungkin juga kita akan diduga dengan satu dua isu. Kukuhkan tempatnya berpijak dan tanamkan nilai dalam dirinya agar ia tidak mudah ditelan zaman.

Nota gambar : Aktiviti membuat “warna menari” & pasir mainan yang selamat jika termasuk mulut. Sangat suka part ini! wink emoticon

‪#‎tipsantaididikanak‬

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *