Tim Bicara Santai ke SK Bandar Pontian (April)

sekolah7 sekolah8 sekolah9 sekolah10 sekolah11 sekolah6 sekolah1 sekolah2

sekolah3 sekolah5

 

Tim Bicara Santai bersama pelajar Tahun 6.

Tempohari kami membuat program bersama sebahagian guru gurunya. Kali ini, wakil guru mahukan kami berkongsi ilmu bersama ibubapa dan pelajar darjah 6 pula.

Yang menggentarkan sedikit perasaan saya apabila wakil guru menyatakan program ini khas untuk dua buah kelas corot bersama ibubapa yang mempunyai anak yang ada masalah disiplin.

Menurutnya, hampir kesemua yang dipanggil kali ini adalah pelajar nakal.

Allahu akbar.

Kecut hati saya. Siapalah saya untuk bercakap di hadapan. Saya bukanlah pakar motivasi.

Kebimbangan ini saya suarakan bersama tim bicara santai ini. Apalagi saya harus bercakap bagi dua kelompok fokus yang berbeza.

Jawapan dan pandangan yang diberikan akhirnya memberi saya satu persepsi yang baharu.

“Kita kena ubah konsep lama bahawa dgn menjemput pakar2 motivasi dgn memberikan ceramah kpd kelompok tertentu maka akan berlaku perubahan pd sesuatu kelompok pelajar.

Itu konsep lama, guru2 dan ibu bapa sendirilah sebenarnya agen penting dlm pendidikan.

Hasil dan kayu ukur bkn mengenai best atau x best nya mengikut selera pendengar, tp sejauh mana mereka blh dengar, faham dan buat dgn istiqamah ke arah yg lebih baik.

Itu kita kena serah pd Allah. Kita usahakan yg termampu

Atas setiap bahu kita ni ada amanah dan tanggungjawab kpd masyarakat umum. Kita bkn kaunselor, kita bkn pakar motivasi, kita bkn ada jawatan dlm mana2 organisasi.

Kita adalah org awam yg biasa2 yg nak ajak masyarakat berubah ke arah yg lebih baik. Skrg ada platform utk kita asah bakat supaya jd lebih baik lg dan memberikan manfaat kpd lebih ramai org.”

Benarlah, bahawa Hidayah itu milik Allah. Walaupun sesiapa saja boleh menyampaikan. Akhirnya, Allah jualah yang menganugerahkan HidayahNya kepada sesiapa yang dipilihNya.

Di akhir program ini, ada seorang guru yang datang bersalaman dengan saya dan mengucapkan terima kasih sambil menangis. Berjuraian airmatanya.

Katanya, “Saya ni memang hati tisu bila bercakap tentang anak anak. Apa yang puan katakan tadi betul betul masuk dalam hati saya. Sebak sangat. Betullah, kadangkala bukan sebab kita tak tahu, tapi kita terlupa. Saya akan ubah semula cara saya memandang anak anak.”

Beliau memeluk saya erat.

Selepas itu, datang seorang lagi ibu bersalaman dengan saya. Tiba tiba mencium tangan saya beberapa kali. Dia juga menangis. Katanya, “Terima kasih puan. Terima kasih…!”

Malu saya. Terkejut. Malu sangat kerana si ibu sekitar umur 40an. Lebih punya banyak pengalaman daripada saya.

Namun, melihat pada anak matanya ada sesuatu yang menyentuh hati. Saya hanya mengatakan, “Teruskan ketabahan puan ya.”

Dan dia berlalu dengan linangan airmata sambil mengangguk laju.

Tiba tiba, seorang pelajar tahun 6 perempuan datang menghulurkan saya sekeping kertas. Sekali lagi saya terkejut! Rupa rupanya dia melukis saya. Huhu~~~~ Ada kasih sayang dalam lukisannya.

Allahu akbar.

Jumaat lalu, memberikan saya satu pengalaman baharu dalam hidup saya sebagai seorang surirumah dan sebagai guru mengaji.

Saya bukanlah sesiapa dan bukan juga lebih berilmu dari para guru dan ibubapa yang lebih senior yang lain.

Program 3 jam itu hanya sempat membicarakan mengenai Model Pertama (dari 4 model kesemuanya). Diselang selikan dengan aktiviti Brain Gym dan segmen khas Tribute untuk Abah oleh panel tim seorang lagi.

Model 1 :

Meningkatkan motivasi yang tulen melalui 4 cara pembentukan.

1. Niat (cermin pandang, tutup mata pada kekurangan, fokus pada kelebihan)

2. Tazkirah (dengar, hadir, wujudkan majlis ilmu dalam kereta , di rumah)

3. Zikrullah (melazimi zikir dan istighfar, selawat Nabi, doa khatam Quran)

4. Adab islamiyah / doa (bangun malam dan doa yang paling mustajab ialah doa seorang ibu, tiada hijab. Pilih kata, tidak membebel.

Moga usaha ini menjadi asbab kebaikan buat semua anak anak orang islam dan anak anak kami jua hendaknya di kemudian hari.

Benarlah, bahawa Hidayah itu milik Allah. Walaupun sesiapa saja boleh menyampaikan. Akhirnya, Allah jualah yang menganugerahkan HidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan menarik semula hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Moga terus dalam redha Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *