Perlukah anak disuruh menghafaz sejak kecil?

doasoleh

Sejujurnya, saya terserempak dengan pelbagai pandangan dan kacamata berbeza mengenai isu hafazan bagi anak kecil.

Ada yg berpegang mahu menjadikan anak alhafiz/hafizah di usia muda hingga seperti berlumba lumba siapakah anaknya yg dapat menghafaz banyak surah dalam masa yg singkat..

Tak kurang juga ada pengamal awal kanak kanak yg mengatakan jika dipaksa menghafaz bagi anak kecil ini takut takut bila dia sudah besar nanti dia akan lupa. Ini kerana memori anak di waktu kecil adalah jangka pendek.

Ada pula yg mengidolakan anak orang lain kerana berjaya menghafaz banyak surah yg panjang panjang dan teringin mahu menjadikan anaknya seperti anak pintar itu.

Tidak kurang juga ada yg berpendapat anak kecil harus banyak bereksperimentasi dengan tujuan mencungkil bakat sebenar mereka bukan semestinya hafazan.

Saya meraikan kesemua pandangan ini seadanya. Semua ibubapa mahukan yg terbaik buat anak anak sedari kecil supaya anak anak kita menjadi saham terbesar buat kita di kemudian hari.

Cuma, dalam menjernihkan hati, saya sering mengingatkan diri sendiri bahawa,

1. Di peringkat awal usia begini, jika kita ibubapanya tidak menunjukkan bagaimana untuk bersabar mengawal emosi, bagaimana anak kecil kita dapat belajar untuk bersabar mengawal emosinya sendiri?

2. Di peringkat awal usia anak anak, jika kita tidak berakhlak baik bagaimana mungkin anak anak dapat berakhlak baik mencontohi kita?

3. Di awal usia anak anak begini, jika kita tidak pernah menunaikan solat di hadapannya bagaimana mungkin mereka tahu ada rutin harian yg wajib dikerjakan yg namanya solat?

4. Di awal usia anak anak begini, jika diri kita sendiri tidak menghafaz ayat ayat al Quran, bagaimana mungkin kita mengharapkan anak kecil kita yg berusaha menghafaz sendirian pula sambil kita menikmatinya dengan bangga mengatakan anakku sudah menjadi alhafiz/hafizah?

Sama juga keadaan dan situasinya dengan mengaji.

5. Bagaimana mungkin anak anak kita enjoy dan suka mengaji jika mereka tidak nampak ibu ayahnya sendiri mengaji setiap hari bahkan “enjoy” menikmati ayat ayat al Quran yg dibacanya?

Kerana itulah pokok pangkalnya adalah bukan cepat atau lambat tetapi yg lebih utama adalah konsistensi (istiqamah) + usaha bersama dalam pendidikan awal ini.

Saya menginsafi diri yg masih lemah ini. Moga saya juga dapat menghafaz al Quran bersama anak anak kecil saya dalam perjalanan menuju ke syurga abadi.. Perjalanan yg masih panjang berbaki (jika Allah izinkan).

Sama sama kita berusaha. smile emoticon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *