Belajar & bermain #11

tanwin picit hidung

Secara asasnya, anak anak diperkenalkan kepada huruf tunggal dan asas baris satu sebagai “basic ground” yg kukuh sebelum membaca mana mana buku mengaji.

Jika basic ground ini kukuh, berikan apa saja buku bacaan atau ikutlah apa saja cara / kaedah mengaji yg ada di pasaran kini, pasti tiada masalah yg timbul.

Di bawah tajuk “Belajar & bermain” saya sudah kongsikan 10 cara sebelum ini untuk menyantuni emosi anak kecil supaya dapat belajar dalam keadaan bermain dan bermain untuk belajar.

Bermain haruslah dipandang BUKAN sebagai konotasi yg negatif bagi anak anak berusia di bawah 6 tahun ini. Inilah fitrah mereka. Belajar melalui bermain. Raikannya!

Seterusnya adalah pengenalan kepada asas tanwin (baris dua).

Anak sulong saya, Fathi (6 tahun) sangat sukar memahami fungsi tanwin. Pelbagai cara dicuba. Cerita juga sudah dibuat tapi masih susah untuk dia menyebut dengan betul.

Hingga pada satu hari, dia main main picit hidungnya ketika mengaji. Beristighfar panjang saya menahan marah. Cabaran bukan?

Ting!

Asbab dia bermain main begitu saya mendapat ilham.

“Abang, nampak tak dua jari mak ni?” (Gaya mahu mencubit hihihi)

“Nampak..” balasnya.

“Haaaa, dua jari ni kena ingat dua baris ni. Picit hidung abang gunakan dua jari ni. Sekarang cuba baris dua atas. Buka mulut dulu sebab baris atas kan. Picit hidung. Ba dua di atas???”

“Bannn.” Senang saja dia menyebutnya dengan sengau. Hehe…

“Cuba kalau baris dua di bawah? Ingat, baris bawah nampak gigi dulu. Picit hidung!”

“Binnnn”

“Bagus macamtu! Cuba pulak baris dua depan? Baris depan muncung mulut dulu.”

“Bunnnn!”

Hahahaha… Berderaian kami ketawa kerana hidungnya sudah jadi merah macam badut!

Sejak hari itu, saya memberinya masa dan mahu melihat berapa lama jangkamasa yg diambilnya untuk benar benar menghadami subjek tanwin ini.

Alhamdulillah dalam seminggu dia dapat menguasai tanwin dengan baik sekali. wink emoticon

Proses pembelajaran yg sudah dikongsikan adalah seperti berikut :

1. Huruf tunggal : Boleh diajar dengan memberikan penekanan terhadap ciri/rupa bentuk/cara bunyi satu satu huruf.

2. Baris asas satu : Boleh diajar menggunakan emoticons comel yg mudah diikuti dan difahami.

3. Mad asli : Boleh diajar melalui penceritaan imaginasi tiga beradik dinosour.

4. Baris asas tanwin : Picit hidung.

Hehe.. Selamat mencuba! smile emoticon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *