Belajar & bermain #4

Berlumba lumba belajar asas mengaji bahagian 1.

Selalunya, apabila mengajar anak kecil dalam 3-4 orang secara serentak, sementara ramai lagi yang sedang menunggu giliran, saya lebih suka mengajar sambil bermain secara beramai ramai.

The more, the merrier..!

Contoh bermain game dengan kad imbas.

Asas 3 langkah :

1. Kenalkan huruf tunggal (jangan ikut urutan),

2. Nyatakan ciri / bentuk / bunyi huruf,

3. Kenalpasti fungsi 3 baris asas tanpa perlu ikut turutan (secara rawak).

Ia juga bagus untuk latihan kepada anak yang besar yang masih selalu terlupa huruf atau tidak mahir lagi membaca fungsi baris asas.

Apabila belajar asas mengaji menjadi suatu yang menyeronokkan, yang besar pun tidak kisah untuk belajar bersama yang kecil.

wink emoticon

https://www.facebook.com/video.php?v=10152685254332745&set=o.822706877750256&type=2&theater

 

Berlumba lumba belajar asas mengaji bahagian 2.

Untuk menghidupkan suasana “Suka Mengaji” adalah penting untuk bermain bersama anak anak dalam keadaan santai. Tidak semestinya memaksa mereka mengadap buku.

Asas 3 langkah ini boleh juga dilakukan bersama anak anak bila bila masa atau di mana jua walaupun tanpa menggunakan kad imbas khadijah.

Ia sungguh menyeronokkan hingga ada yang tidak mahu pulang ke rumah..

smile emoticon

Nota : Maafkan background rumah yang ada banyak baju belum berlipat itu ya. *monyet tutup mata*

https://www.facebook.com/video.php?v=10152685269352745&set=o.822706877750256&type=2&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *