Belajar & bermain #7

cucu

Setiap anak kecil bersifat dinamik dan unik.

Atas prinsip ini jangan sesekali membandingkan anak kita dengan orang lain mahupun sebaliknya.

Menjaga anak anak saudara Dariyyah Husna (3 tahun) dan Muhammad Zaid (1.6 tahun) selain anak anak sendiri, Fathi (5), Fatihah (4) & Fahmi (1.9) masing masing punya cara yang sedikit berbeza.

Cara belajar anak anak tidak akan sama antara satu sama lain walaupun keluar dari satu rahim yang sama.

Bagi anak yang sudah terbiasa dengan disiplin buku, tiada masalah mengajaknya mengaji dengan menunjuk di buku. Tetapi, jika anak kecil yang tidak mampu untuk duduk diam, ajak mereka belajar dengan cara mereka bukan dengan cara kita.

Selesai solat maghrib adalah masa untuk mengaji. Apabila bertemu “geng”, mereka hanya tidak boleh duduk diam kerana banyak yang perlu dilakukan iaitu bermain.. Hehe.. Hormati aturcaranya.

Ketika itu saya berfikir bagaimana mahu mengajak kesemuanya sekali untuk belajar mengaji. Memandangkan ada yang mula menguap apabila disuruh ambil buku mengaji. Hihi..

Ketika itu, saya di atas sejadah lagi sambil melihatkan mereka berlari ke hulu dan ke hilir tanpa henti.

Tiba tiba…

“Haaa siapa nak main satu permainan dengan mak??? Mari sini, beratur…”

Semuanya angkat tangan sambil bersorak.. dan beratur ikut ketinggian.

“Ok.. mak tanya huruf apa, siapa dapat jawab dia menang!!!”

Dariyyah Husna seperti tidak mahu dan menunjukkan muka boring. Muhammad zaid pula seperti biasa masih berlari sesuka hatinya.

Dimulakan dengan si abang Fathi. Oleh kerana fathi sudah sampai Iqra 4, jadi soalan kepadanya berbeza.

“Ok abang cuba jawab ek.. Shin di atas? Ha di bawah? Dal di atas? Bunyikan?”

Fathi menjawab satu persatu. “Sha. Hi. Da.”

“Betul!!! Abang menang pusingan pertama! Tahniah!”

Semua ikut saya bertepuk tangan.

Seterusnya, si kakak Fatihah.
Fatihah sudah sampai Iqra 3 jadi lebih kurang saja dengan abangnya.

“Jim di atas? Ha di atas? Dal di atas? Bunyikan?”

“Ja. Ha. Da.”

“Tepat sekali! Tahniah, fatihah menang jugak pusingan pertama!”

Yeayyy, makin kuat sorakan mereka bertepuk tangan.. hihi..

Tiba giliran Fahmi. Mulutnya muncung muncung tak sabar menjawab soalan.

“Ok, fahmi cuba teka huruf apa macam itik?”

“Tuuuu…” (itu saja huruf yg mudah disebut bagi anak pada umur ini.)hihi.

+ Tutup mata pada kesalahan. Hanya tunjukkan yang betul.

“Betuuullllah..! Tu pun bolehlah.. Ta depan tu. Huruf ta macam dua mata fahmi dengan mulut senyum.. fahmi senyum macamana?”

Dia tersnyum manisss… hehe..

“Fahmi pun menang pusingan pertama yeayyy tepuk tangan!”

Seterusnya, giliran Dariyyah.

“Ok, dariyyah cuba teka huruf apa yang tegak macam pokok?”

Mukanya blur. Tergaru garu lehernya yang tidak gatal.
Fathi dan fatihah terkinja kinja di sebelahnya kerana mahu tolong jawab.

“Ok abang boleh tolong bisik kat dariyyah husna jawapannya?”

Si abang membisikkan jawapannya dengan kuat! Hehe..

“Macam huruf apa?”

Dia senyap tak mahu menjawab. Si abang dan akak sudah melompat lompat menyebut alif! Alif!

Saya tukar strategi soalan.

“Oklah.. mak tanya soalan lainlah sebab akak dengan abang kacau dariyyah nak jawab ek.. Ok, mak nak tanya, huruf alif tegak macam pokok tak?”

Dia mengangguk. Perlahan.

“Betul! Dariyyah husna menang pusingan yang pertama yeayyyy! Syabas!!”

Dia tersenyum manis.

“Ok sekarang zaid pulak. Hmmm, nak tanya apa ek. Ok, huruf ya macam itik. Macamni. Macamana bunyi itik?”

“Aum aum…”

Hahahaha..! Semua ketawa!

Si abang berkata, “Itu bunyi harimau bukan itik! Haha..”

“Tak apa.. Betul jugak! Harimau tu dok sebelah itik. Itik sakit tekak takleh bunyi jadi dengar bunyi harimau jelah.. Betul tahniah zaid menang juga pusingan pertama pertama..! Yippieee!”

Semua bertepuk tangan gembira! Dan tak sabar menjawab soalan pusingan kedua pula. Mereka beratur dengan segera.

Haha..

1. Selesai isu tidak berlari lari lagi ke hulu ke hilir di dalam rumah.

2. Selesai isu tidak bising lagi semasa waktu maghrib.

3. Anak anak dapat belajar mengaji walaupun sedikit tanpa membantutkan emosinya untuk bermain. Jauh sekali memaksa mereka belajar mengaji.

Teknik yang paling utama ialah “tutup mata pada kesalahan & pandu hanya yang betul saja”. Setiap orang adalah pemenang.

Menang dengan cara yang tersendiri. Raikannya! wink emoticon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *