Tips belajar sambil bermain

Semalam, ketika menunggu lama di dalam kereta, Fathi (5 tahun) & Fatihah (4 tahun) mengulangkaji huruf hijaiyyah.

(Belajar asas mengaji tidak semestinya duduk senyap membuka buku).

“Abang, Fatihah, apakata kita main teka teka nak? Cuba abang soal mak la pulak. Mak nak jawab soalan abang..”

“Ok. Good. Mak teka he ni huruf apa? Dia macam itik ada dua kaki. Tapi dia ada dua titik. Huruf apa huruf apa tu?

(Maknya pun buat buat tak tahu… Saja mahu menduga seberapa banyak yg dia tahu ciri huruf dan bentuk huruf).

“Hmm.. Dia punya titik tu kat atas ke kat bawah? Ada dua titik ke satu titik?”

“Ha. Dia ada dua je titik kat bawah macam kaki kita. Tapi dia bentuk macam itik.”

“Macam huruf Ya je?”

“Betul! 11 bintang untuk mak! Ok, sekarang mak pulak tanya abanglah.. Tanyalah. Tanyalah!”

“Yeayy! Mak dapat bintang! Ok sekarang mak pulak tanya he.. Huruf apa macam dua mata adik fahmi dan macam mulut fahmi bila senyum takda gigi ni?”

(Fahmi, 1 tahun pun tersenyum bila diusik pipinya).

“Huruf Ta!” Serentak Fathi dan Fatihah menjawab.

“Bagus! 30 bintang untuk semua..! Ok, Tiha pulak bagi soalan.”

“Eh, tengah makan tak boleh bercakap lah.”

(Fatihah sedang makan tak berhenti)..Hihi..

“Ok. Abanglah tanya mak lagi he. Huruf apa macam nombor 3 terbalik?”

“Dia ada titik ke takde titik? Dia sengau ke garang?”

“Dia ada titik satu kat atas dia. Dia garang.”

“Oooo yg macam nombor 3 yg pakai topi atas kepala dia he? Bunyi dia garang? Macam huruf Ghain aje.. Betul ke?”

“Betul! 30 bintang untuk mak..!”

“Yeahh.. Banyaknya bintang mak dapat! kikiki.. Ok, giliran mak pulak ek.. Hmm, huruf apa macam ikan yg ada ekor kat belakang. Dia pakai mahkota atas kepala dia. Huruf tu pun ada ekor kat belakang dan ada satu titik kat atas dia?”

“Sod!” (Fathi menjawab)

“Eh, Dhod la! Dia kan ada titik kat atas.. Sod takde titik.”

(Fatihah membetulkan jawapan si abang sambil menyambung makan).

“Betul Fatihah dapat 30 bintang! Abang pun sikit lagi nak betul 10 bintang!.. Dah banyak dah bintang abang kannn. Ok, kita kumpul bintang lagi. Sekarang giliran siapa?”

Dan permainan teka-teka huruf ini berdasarkan bentuk dan ciri huruf berterusan hingga hampir habis kesemua huruf hijaiyyah disulami gelak ketawa sahaja. Apabila abahnya sudah kembali ke kereta, abahnya pula yg kena teka huruf! hehe..

 

Nota :

Belajar mengenal huruf tunggal hijaiyyah sebagai asas bacaan al-Quran adalah langkah pertama yg wajib diajarkan oleh ibubapa dari rumah lagi sedari awal yg boleh. Mudah. Simple. Menyeronokkan. Tidak perlu mengharapkan yg asas begini diajar oleh orang lain.

 

Tips penting :

# 1 : Aplikasi Kad Imbas Khadijah – mengenalpasti huruf tunggal berdasarkan ciri/rupabentuk/cara membunyikan huruf. Pegang pada kata kuncinya.

# 2 : Tak semestinya kita sahaja yg mengajar. Adakalanya, jadikan diri kita sebagai pelajar dan konon-konon buat kesilapan (tidak betul sentiasa). Mana huruf yg sukar diingati si anak buatkan ‘kesilapan dengan sengaja’. Melalui kesilapan kita, si anak akan belajar dan mula mengingat dengan betul.

# 3 : Puji dan berikan markah/bintang terbanyak (30 bintang) jika jawapan betul manakala berikan markah/bintang yg kurang sedikit (20/10 bintang) jika jawapan salah. Tiada pemotongan markah jika jawapan salah. Usahanya mengingat dan cuba menjawab juga harus diberikan pengiktirafan dan berhak mendapat bintang!

# 4 : Bermainlah! Sambil mengajar anak kecil yg masih di bawah 6 tahun. Inilah cara untuk memikat hati anak supaya si anak membina persepsi indah dan menyeronokkan apabila disebut tentang “Jom mengaji wahai anak!”

Tahu dan kenalpasti ciri utamanya yg penting melalui bentuk/rupabentuk/bunyi yg mudah diingati. Ia menjadi waktu yg sungguh menyeronokkan bersama anak-anak kecil!

Belajarlah pada bila bila masa di mana jua kita bersama anak-anak tanpa buku ATAU dengan apa jua jenis buku. Ia bukanlah lagi menjadi satu isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *