Bicara Santai : Mudahnya Didik Anak 0-6 tahun di Taman Teratai (Mac)

motivasi

Anak-anak & niat.

Sebenarnya, asal usul saya menjadi panel untuk bercakap dalam program Bicara Santai “Mudahnya Didik Anak 0-6 tahun” adalah atas paksaan seorang sahabat lama yg entah apa dilihatnya ada pada diri saya. Pada mulanya, saya agak keberatan kerana malu tidak cukup ilmu dan malu juga untuk bercakap di hadapan orang.

Lalu, beliau mengatakan, “Yalah tu. Ilmu yg ada tu simpan saja bawah bantal tu jah!”

Amboooiii, sentap mak!

Dengan telinga yg merah lagi panassss akhirnya saya terima pelawaannya dengan niat mahu memperbaiki diri dari masa ke masa melalui pengalaman orang ramai insha Allah.

Di dalam program bicara santai yg lepas, ada seorang ibu muda anak satu yg saya nampak seperti sudah hilang punca. Saya tidak bertanya apa-apa sehinggalah tiba di satu tajuk.

Niat.

Langkah pertama dalam membentuk motivasi diri anak adalah niat. Bagaimana ibu-ibu membicarakan tentang niat dengan anak anak atau bagaimana ibu menanamkan niat tertentu pada diri anak?

Banyak perkongsian ibu serta nenek yg diterima. Bila tiba giliran ibu muda ini beliau berkata,

“Oleh kerana anak saya baru umur 3 tahun ni jadi saya yg berniat untuknya tiap kali hantarnya ke sekolah. Anak saya ada masalah nak bergaul. Dia tiada eye contact. Asyik bermain dan suka dalam dunia sendiri. Orang lain nak main dengan dia mesti tak boleh nak masuk. Dia buat hal sendiri. Kalau saya panggil dia tak pernah tengok mata saya. Nak bawa ke mana mana pun susah sebab tak nak duduk diam walaupun kejap. Macam sekarang nilah. Jadi, saya setiap pagi berniat masa nak hantar dia ke sekolah saya cakap pada dia inilah usaha mama untuk jadikan kamu lebih pandai dan boleh berkawan. Dan boleh kawal diri. Saya dulu free hair. Sejak kahwin dan ada anak baru saya berubah. Dapat pula anak macamni. Jadi, saya tahu ini semua dugaan Allah nak bagi.”

Lalu, saya berterima kasih kepadanya kerana saya mendapat ilmu baru lagi.

Saya katakan kepadanya.

“Betul puan niat paling basic yg kita boleh lakukan ke atas anak sekecil 3 tahun ini adalah kita yg meniatkan untuknya dahulu. Bermula dengan langkahnya ke sekolah. Mudah mudahan Allah angkat niat baik puan dan menjadi asbab hidayah turun menjadi perubahan dalam diri anak puan. Namun, perlu diingat..

Dalam Islam, tiada dosa warisan. Seorang anak adam tidak sesekali mewarisi dosa anak adam yg lain. Bermakna seorang anak takkan mewarisi dosa ibu ayahnya. Begitu juga dengan iman. Iman juga tak boleh diwarisi.

Saya pernah berbual dengan seorang ibu yg punya anak istimewa. Katanya ada orang mengatakan anaknya jadi begitu disebabkan kaffarah dosanya yg lalu. Tidak. Ia bukan begitu.

Saya percaya, di setiap kelahiran seorang anak, Allah sudah tentukan rezki dan jalan ceritanya tersendiri. Setiap anak itu unik. Jangan samakan story line hidup kita dengan story line hidup orang lain. Setiap anak datang dalam kapasiti untuk jadi panduan dan bimbingan kita menjadi seorang ibu yg lebih baik dan lebih penting lagi anak adalah punca kita menjadi seorang hamba Allah yg semakin baik dari kehidupan dahulu.

Kita menginsafi diri ini atas kelahirannya seorang anak. Namun, setiap cabaran yg diterima sentiasa fokus pada jalan keluarnya saja. Jangan terlalu memandang apa yg sudah berlaku. Apa dosa aku, apa kesalahan yg dilakukan anak, itu semua akan jadikan kita lebih penat.

Kenali apakah isunya yg sebenar, fokus pada jalan keluar. Dapatkan bantuan dari yg pakar, usahakan sama2 anak untuk bantu diri dia mengawal diri. Jangan harapkan anak tahu sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu jika tak berjumpa dengan pakar jadi bagaimana kita boleh bantu anak pula?

Teruskan melangkah dan jangan dicari lagi apa silapnya, apa dosa kita, itu semua tak membantu. Saya percaya setiap anak yg lahir akan melahirkan seorang ibu. Dan setiap lahirnya seorang ibu itu adalah ibu yg terbaik untuk anak yg dilahirkan itu.

Anak bukan lahir mengikut kehendak / kemahuan kita. Tapi Allah Maha Tahu apa keperluan kita. Dan apakah yg akan melengkapkan amal jariah kita di akhirat kelak. Setiap apa respon kita kepada anak akan menjadi amal soleh (jika bersabar dan positif) yg akan kita bawa di dunia sana nanti.”

Semakin banyak tisu dikeluarkan ibu muda ini. Rasa turut hiba melihatkan airmatanya yg tidak henti henti keluar. Allahu akbar.

Di masa lain ketika saya mendengar Ikim. Ada seseorang yg bercakap dalam english mengenai tajuk yg sama. Saya dengar saja sudah di hujung hujung. Kata beliau,

“Sebelum mengandung lagi apakah niat kamu untuk ada anak? Berniatlah. Kerana dengan adanya niat itu anak yg bakal kamu lahirkan itu akan dicukupkan mengikut niat kamu. Jika kamu terlupa untuk berniat sebelum mengandung dulu, berniatlah sekarang. Ia tidak pernah terlewat.”

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

‪#‎tipsantaididikanak‬

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *