Mendorong anak remaja suka membaca al-Quran

amin

Untuk anak yg sudah dewasa begini, lebih-lebih lagi anak lelaki, amat penting baginya adalah tidak dimalukan mahupun jangan diaibkan di hadapan ‘rakan sekelasnya’ yg lain. Ya, anak lelaki tingkatan 4 ini masih tergagap-gagap mengaji awal surah al-Baqarah. Manakala, yg tingkatan 2 ini sudah lama tak mengaji hingga meminta mengaji Iqra’ semula.

Yg lelaki, sanggup menunggu akhir sekali untuk mengaji. Semasa mengaji, saya tidak bertanya apa-apa langsung sejarah ‘pengajiannya’ terdahulu.

Saya tidak mengkritik/membebel/mengandaikan yg bukan-bukan [Asas teknik].

Ya…. Kesilapan orang kita [termasuk saya dahulu] suka mengkritik dan sekarang inipun lebih ramai mahu jadi pengkritik. Sedar ataupun tidak, pendoktrinan untuk menjadi pengkritik berlaku secara berleluasa dalam kehidupan harian kita.

Pengkritik makanan, pengkritik nyanyian, pengkritik lakonan, pengkritik lawak jenaka, pengkritik fesyen, pengkritik dunia hiburan, pengkritik bola hinggalah kita menjadi pengkritik bacaan al-Quran.

Walhal, Rasulullah sallaallhu ‘alaihi wasallam tidak pernah langsung mengkritik makanan apalagi mengkritik pembuat dosa.

Siapalah kita untuk mengkritik orang yg membaca ayat-ayat Allah. Walaupun salah, ada caranya membetuli apa yg tersalah.

Terangkan sahaja apa yg betul atau berikan sahaja jalan penyelesaian tanpa menyebut apa yg sudah tersilap.