Belajar & bermain #14 (Menulis, membaca, memahami, menghafaz)

belajar1

belajar3 belajar4 belajar5belajar2belajar6

 

Ada beberapa perkara yg perlu dijadikan asas ketika berhadapan dengan anak/pelajar sekitar umur 8,9,10,11,12 tahun. Lebih lebih lagi lelaki. Hehe..

1. Tidak mahir membaca juzuk amma.

Samada pelajar tidak tahu atau belum mahir mengaji apa jua surah/ayat, ajarkan saja apa yg seharusnya mereka perlu belajar.

Perlu diingat bahawa ada perbezaan belajar sambil bermain ketika kita bersama anak pelajar berumur di bawah 6 tahun dengan mereka yg berumur di atas 7 tahun. Dan berlainan pula bagi yg berumur atas 14 tahun. Baginda Nabi s.a.w. sudah menggariskan tahap mendidik anak dan layanan mengikut umur anak.

Bagi bawah 6 tahun, memanglah maksud belajar dalam konotasi mereka ialah bermain. Selagimana boleh bermain, kita perlu bermain untuk mereka belajar.

Manakala, bagi anak di atas 7 tahun ini pula belajar itu perlu dilihat dalam konotasi belajar itu sendiri. Sudah habis masa untuk mereka bermain.

Soalnya, anak lelaki pada umur begini memang tetap mahu bermain sambil belajar. Bagaimana mahu mereka berhenti bermain buat seketika?

2. Kesukaran untuk duduk diam. Disebabkan suka bermain.

Pelajar baru saya ini berada di darjah 3. Sekolah agama juga darjah 3. Isunya, ibunya meminta untuk mengajarnya jawi kerana dia tidak tahu langsung jawi. Ibunya yg selalu membacakannya buku apabila tiba hari peperiksaan.

Boleh rujuk sukamengaji.com  di ruangan DIARI bertajuk “Belajar & bermain #12 & #13″ bagaimana saya mengajarnya untuk membezakan hijaiyyah & jawi.

Semalam, saya baru lakukan cara ini demi menjawab persoalan puan..hehe..

(I) Pilih mana mana surah dalam juzuk amma secara rawak. Dan bacakan Muqaddimah dan catatan awal sebelum surah. Di sini saya gunakan Terjemahan al Quran ar Rahman. Supaya mereka tahu apa yg mereka akan baca. Yang perempuan 10 tahun ini bertanya juzuk amma tu apa, kat mana? Saya hanya terangkan saja juzuk amma ialah surah yg tertulis di atasnya Juz 30. Mereka belajar.

(II) Baca hanya dua ayat saja untuk satu hari. Saya dengar bacaannya dan kemudian mereka mendengar bacaan yg betul dari mulut saya berserta penerangan tajwid yg kurang ditekankan semasa mereka membaca tadi. Mereka belajar bertalaqqi.

(III) Baca terjemahan dua ayat tersebut. Mereka tahu dan belajar apa yg mereka baca.

(IV) Tulis semula ayat tersebut satu persatu dan terjemahannya ditulis dengan jawi. Mereka belajar untuk membezakan hijaiyyah (bahasa arab) dengan jawi (bahasa melayu).

(V) Cuba mengingat hanya dua ayat ini dalam minggu ini. Mungkin jika lancar hanya perlukan dua hari untuk menghadami (bukan semata menghafaz) dua ayat ini.”Esok cik jah nak dengar ok!”

Mereka setuju sambil tersenyum gembira kerana mendapat markah dan bintang setelah saya menanda penulisannya tadi.

Semasa mula menulis sebelum itu, anak lelaki ini bermain kusyen empuk dan mahu berbaring ketika menulis. Jika dahulu, sudah pasti saya membebel! Haha…

Berikan pilihan dan pandu yg betul sahaja.

Saya katakan, “Boleh awak tulis sambil baring? Ok baik. Asalkan siap menulis tak apa apa.”

Tak sampai seminit, dia seperti kesakitan dada.

“Sakit ek dada? Sebab tu orang menulis kena duduk. Supaya dapat tulis dengan baik. Tak sakit. Cuba awak duduk baik baik pula. Mesti dah tak sakit.”

Masalah selesai. Dia mengubah posisi.

3. Jangan sesekali under estimate anak pelajar yg tidak boleh duduk diam dengan kemarahan melulu.

Pelajar lelaki 9 tahun ini berlainan dengan pelajar perempuan yg lebih senang duduk diam ketika belajar.

Saya diberitahu yg dia tidak tahu langsung jawi. Tapi, ketika menukarkan kepada tulisan jawi mengikut terjemahan walau pertama kali dia dapat konsep tulisan dengan sangat pantas!

Malah dia dapat menulis dengan betul dan menggunakan huruf vokal dan konsonan dengan betul setelah dipandu dengan formula asas huruf vokal. Sangat mudah mengajarnya!

Berdasarkan pemerhatian saya selama ini juga anak pelajar yg berhdapan kesukaran duduk diam ketika belajar atau asyik bermain sebenar benarnya mereka genius! Cepat tangkap.

Hanya cara pembelajaran mereka adalah melalui pergerakan (kinetik).

Tidak perlu kita menyalahkan cara pembelajaran mereka yg unik ini. Anak lain, lain pula cara belajarnya. Semua orang tidak sama. Hormati kepelbagaian.

Semalam, pelajar lelaki ini datang cepat! Saya bertanya samada dia ke sekolah agama atau tidak. Kerana biasanya dia lambat datang kerana menunggu ibunya mengambilnya pulang sekolah agama dahulu. Katanya, hari ini dia tidak ke sekolah agama kerana tiba-tiba balik sekolah kebangsaan tadi dia sakit kepala dengan teruk. Dan saya bertanya jika dia sakit kepala lagi atau tidak. Katanya, sekarang sudah tidak sakit lagi. Kerana itu dia datang cepat kelas hari ini! Sambil mukanya tersenyum dan tersengih penuh ‘misteri’. Hihihi..

 

Nota penting :

Apabila anak/pelajar tidak menunjukkan minat untuk belajar atau tidak tahu dalam satu satu perkara, adalah hanya kerana mereka belum menjumpai sesuatu yg dapat membuatnya jatuh cinta.

Ataupun mereka sebenarnya hanya tidak tahu apa yg mereka belajar / hafazkan.

Menjadi tugas kita untuk “membina cinta” di antara subjek yg dipelajari dengan dirinya atau sekurang kurangnya memandu mereka untuk tahu apa yg dibacanya / dihafazkannya. Biarkan mereka jatuh cinta dengan sendirinya.

Wallahu a’lam. Moga bermanfaat dan memanfaatkan. smile emoticon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *