Kad Imbas Khadijah

Mengenal dan mengingati huruf hijaiyyah berdasarkan ciri dan bentuk huruf

Semalam, ketika menunggu lama di dalam kereta, Fathi (5 tahun) & Fatihah (4 tahun) mengulangkaji huruf hijaiyyah.

(Belajar mengaji tidak semestinya duduk senyap membuka buku).

“Abang, Fatihah, apakata kita main teka teka nak? Abang soal mak la. Mak nak jawab soalan abang..”

“Ok. Good! Mak teka he ni huruf apa? Dia macam itik ada dua kaki. Tapi dia ada dua titik. Huruf apa huruf apa tu?

(Maknya pun buat buat tak tahu… Saja nak duga seberapa banyak yg dia tahu ciri dan bentuk huruf).

“Hmm.. Dia punya titik tu kat atas ke kat bawah? Ada dua titik bukan satu?”

“Ha. Dia ada dua je titik kat bawah macam kaki kita. Tapi dia bentuk macam itik.”

“Macam huruf Ya je?”

“Betul! 11 bintang untuk mak! Ok, sekarang mak pulak tanya abang..”

“Yeayy! Mak dapat bintang! Ok sekarang mak pulak tanya he.. Huruf apa macam dua mata adik fahmi dan macam mulut fahmi bila senyum takda gigi ni?” (Fahmi, 1 tahun pun tersenyum bila diusik pipinya).

“Huruf Ta!” Serentak Fathi dan Fatihah menjawab.

“Bagus! 30 bintang untuk semua.. Ok, Tiha pulak bagi soalan.”

“Tengah makan tak boleh bercakap lah.” (Fatihah sedang makan tak berhenti)..Hihi..

“Ok. Abanglah tanya mak lagi he. Huruf apa macam nombor 3 terbalik?”

“Dia ada titik ke takde titik? Dia sengau ke garang?”

“Dia ada titik satu kat atas dia. Dia garang.”

“Oooo yg macam nombor 3 yg pakai topi atas kepala dia he? Bunyi dia garang? Macam huruf Ghain aje.. Betul ke?”

“Betul! 30 bintang untuk mak..”

“Yeahh.. Banyaknya bintang mak dapat! kikiki.. Ok, giliran mak pulak ek.. Hmm, huruf apa macam ikan yg ada ekor kat belakang. Dia pakai mahkota atas kepala dia. Huruf tu pun ada ekor kat belakang dan ada satu titik kat atas dia?”

“Sod!” (Fathi menjawab)

“Eh, Dhod la! Dia kan ada titik kat atas.. Sod takde titik.” (Fatihah membetulkan sambil menyambung makan).

“Betul Fatihah 30 bintang! Abang pun sikit lagi nak betul 10 bintang!.. Dah banyak dah bintang abang kannn. Ok, kita kumpul bintang lagi. Sekarang giliran siapa?”

Dan permainan teka huruf berdasarkan bentuk dan ciri huruf ini berterusan hingga hampir habis kesemua huruf hijaiyyah disulami gelak ketawa. Apabila abahnya sudah kembali ke kereta, abahnya pula yg kena teka huruf! hehe..

Nota : Belajar mengaji bukan melalui hafalan.

Tahu dan kenalpasti ciri utamanya serta bentuk yg mudah diingati. Ia sungguh menyeronokkan bersama anak-anak kecil!

Belajarlah pada bila bila masa tanpa buku ATAU dengan apa jua jenis kaedah membaca Muqadam/buku (seperti di dalam video di bawah).

https://www.facebook.com/photo.php?v=10152271206457745&l=5385601100777369266

kik2

Poster Hijaiyyah Kad Imbas Khadijah

Sedikit masa dahulu, saya mempunyai kesukaran untuk mendapatkan poster belajar huruf Hijaiyyah yang berhuruf TUNGGAL (tanpa baris).

 

Kebanyakan yang ada di pasaran huruf Hijaiyyah yang sudah berbaris atas semuanya. Walhal, saya mahu mencari huruf Hijaiyyah yang tunggal sebagai asas yang kuat untuk anak-anak saya mengetahuinya terlebih dahulu sebelum kenal baris serta fungsinya. Sama seperti kaedah Muqaddam lama.

Jika ada pun ianya adalah huruf Jawi. Maka, terpaksalah saya membeli huruf Jawi kerana itu sahaja huruf tunggal yang ada tanpa baris.
Namun begitu, saya terpaksa berhadapan dengan pengasingan huruf antara Hijaiyyah dan Jawi. Saya akan menerangkan kepada anak-anak yang mana huruf Jawi dan yang mana huruf di dalam al-Quran. Saya katakan bahawa huruf Jawi itu bukan huruf al-Quran.
Saya sangkakan Fathi (4 tahun) ketika itu tidak faham lagi untuk membezakan apa yang saya perkatakan setiap masa bahawa Ca, Ga, Pa, Va, Nga dan Nya itu adalah huruf Jawi bukan huruf dalam al-Quran.
Saya terkejut ketika pada satu hari setahun kemudian (kini Fathi 5 tahun dan sudah masuk Tadika) pulang ke rumah dan saya bertanya kepadanya seperti biasa.
“Hari ni abang belajar apa kat sekolah?”
“Hari ni belajar eja Jawi.”
“Oooo, belajar Alif Ba Ta eh? Cikgu ajar abang ngaji sampai mana?”
“Bukan ngaji la mak. Cikgu ajar abang Jawi. Yang Ba untuk Bola tu. Dah sampai huruf Sod!”
“O ok.. Jawi eh?  Sampai huruf Sod.. Lagi? sebelum tu abang belajar huruf apa?”
“Abang ingat yang macam huruf Jim tu tapi dia ada 3 titik. Huruf dia Ca.”
“Oh, bagus! Abang ingat huruf Ca. Dia macam Jim ek tapi ada 3 titik kat tengah. Emm, macamana pulak huruf Pa?”
“Pa? Yang mana ek? Abang baru belajar sampai Sod jelah mak!”
Hahaha… Ok ok.. Mak advance sangat dah nampaknya..
Saya berfikir, bahawa Fathi sudah dapat membezakan antara huruf Hijaiyyah (huruf dalam al-Quran = Ngaji) dengan huruf Jawi (bahasa Melayu = bukan Ngaji).
Alhamdulillah! Asbab kesusahan yang saya alami sedikit masa dahulu kini saya dapat menerbitkan sendiri Poster Belajar Hijaiyyah berdasarkan Kad Imbas Khadijah yang sudah terbit sejak akhir tahun lalu (Disember 2013).
Desain A :
Huruf Tunggal sepenuhnya tanpa baris berdasarkan persamaan bentuk, rupa dan sebutan huruf yang betul. Di sini, fungsi utama Kad Imbas Khadijah dan Poster Hijaiyyah ini dibuat untuk anak-anak dapat mengenalpasti ciri utama dan bentuk suatu huruf. Dengan mengenal ciri (berapa titik, di atas, di tengah atau di bawah) dan persamaan bentuk huruf dengan alam sekeliling yang sering dapat dilihat akan membantu mereka lebih cepat mengingat tanpa perlu menghafal.
Nota penting :
Di sinilah, harus dibezakan kaedah mengajar Jawi. Jawi adalah bahasa Melayu yang meminjam simbol dan tulisan Arab. Pada pendapat saya, pengajaran huruf Jawi lebih baik jika diperkenalkan melalui huruf awal bagi mewakili perkataan dalam Bahasa Melayu iaitu seperti Ta untuk Tali. Ca untuk Cawan. Alif untuk Api.
Manakala, huruf al-Quran tidak boleh disamakan dengan mewakili perkataan di dalam Bahasa Melayu. Adalah lebih baik jika diwakilkan dengan Bahasa Arab itu sendiri.
Cara pengajaran harus dibezakan supaya anak-anak tahu dan mengenalpasti perbezaan di antara huruf Hijaiyyah dengan Jawi.  Kerana hakikatnya, huruf Hijaiyyah itu adalah asas bahasa Arab. Manakala, Jawi pula hanyalah wujud dalam bahasa Melayu.
 
Dan al-Quran tidak boleh sekali-kali dibaca dengan tulisan Jawi.
 
Al-Quran adalah Bahasa Arab.
 
Desain B :
Huruf-huruf yang berbaris satu yang asas. Setelah anak sudah mampu mengenal ciri dan bentuk huruf tanpa perlu menghafal, adalah lebih baik diperkenalkan dengan baris-baris yang asas iaitu baris atas, bawah dan depan secara serentak dengan fungsinya. Caranya melalui mimik wajah yang mudah diikuti yang menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan melalui emoticons! Anak-anak akan lebih cepat mengingat melalui gambar dan mimik wajah yang comel.
Begitu juga orang dewasa. Jika masih ada yang kurang dapat mengingat atau tidak mahir membaca al-Quran lagi, orang tua juga boleh belajar melalui gambar dan emoticons. Di sinilah fungsi otak kanan dan otak kiri dapat diaktifkan secara serentak yang mengakibatkan otak dapat dirangsang secara optimum dan sekata antara kedua-duanya. Jadi, tidak timbul isu bosan, lemau dan mengantuk ketika belajar mengaji.
Dengan adanya Poster Belajar Hijaiyyah ini anak-anak boleh membaca dan mengulangkaji tak kira masa malah pada setiap masa mereka bermain, mereka akan singgah dan menunjuk-nunjuk seterusnya membacanya dengan sendiri. Jika saya tidak sempat, mereka akan belajar sesama sendiri. Walaupun baru bangun tidur! Sedang bersarapan dan belum mandi lagi. ;D
(Fatihah 4 tahun, Fahmi 1.5 tahun)
Kadangkala pula, mereka hanya melihat dan ‘komen’ gambar latar dalam poster ini.
“Burung-burung ni ramai-ramai nak pergi mana mak?”
“Ini haiwan apa? Kenapa dia duduk kat bunga?”
“Kenapa songkok budak laki ni tinggi mak?”
“Yang macam terang warna kuning ni haiwan apa mak?”
“Kenapa budak ni tak ada gigi? Semua orang kan ada gigi?”
Hehe.. Sengaja saya mahukan gambar latar yang boleh menarik perhatian anak-anak untuk melihat potensi mereka berfikir kritis semasa belajar. Samada boleh atau tidak mereka mencipta soalan yang mampu mencabar imaginasi orang dewasa untuk menjawabnya.
Jika contohnya soalan begini mereka tidak tanyakan kepada kita, bermakna kita yang harus bertanyakan kepada anak-anak. Lebih mencabar imaginasi lebih baik!
Mencipta daya pemikiran kritis anak-anak sejak kecil juga perlu sebagaimana kita mahu memupuk daya pemikirannya menerima dan memproses maklumat dalam skala kecil mereka sendiri.
Membentuk pemikiran kreatif dan kritis anak-anak sejak kecil.
Belajar mengaji bagi anak kecil sangat menyeronokkan sama seperti mereka menonton kartun kegemarannya atau bermain game yang memerlukan imaginasi si kecil bergerak pantas!
**********************************************
Rujukan lanjut :
http://kadimbaskhadijah.com/