Pengenalan

SUKA MENGAJI adalah tema utama yang digunapakai bagi Kad Imbas Khadijah (KIK) buat pertama kali terbitan tahun 2013. Ia bermula apabila Pengasas KIK iaitu Puan Khadijah Gani seorang surirumah sepenuh masa mula mengajar anak-anaknya sendiri di rumah seawal usia 2-3 tahun dengan cara yang santai lagi menyeronokkan melalui imaginasi kanak-kanak.

Baginya, di zaman ini adalah menjadi satu cabaran besar bagi semua ibubapa untuk memastikan anak-anak mahu mengaji dengan sendiri tanpa disuruh sebagaimana anak-anak suka beraktiviti dengan gajet sepanjang hari meraikan imaginasi.

Adalah lebih molek jika anak suka mengaji dengan sendiri selain tahu mengaji.  Seorang anak yang tahu mengaji belum tentu dia suka mengaji. Adalah penting untuk ibubapa mencetus minat anak kecil mengaji sejak dari rumah seterusnya mendorong anak untuk terus suka mengaji di masa hadapan.

Pengasas KIK memegang prinsip bahawa anak kecil 0-6 tahun perlu diperkenalkan dengan huruf tunggal & asas baris satu dengan cara yang menyeronokkan sebagai langkah pertama dalam usaha membaca al-Quran. Dan mengajar mengaji tidak perlu marah-marah mahupun menggunakan rotan.

Belajar sambil bermain. Bermain sambil belajar. Semuanya bermula dari rumah.

Sabar mengajarkan kalimah-kalimah suci yang akan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak sejak kecil.

Pengasas KIK mula mengajar mengaji di rumah tanpa bayaran (home educator) bermula Oktober 2012 hingga tahun 2015 dengan sejumlah 50 orang pelajar dan lebih, sekitar umur 2 tahun – 17 tahun dari masa ke masa.

Beliau mendapat ilham menerbitkan sendiri Kad Imbas Khadijah (KIK) pada akhir tahun 2013 setelah berhadapan beberapa isu kronik anak murid yang masih lemah mengaji serta mengenal huruf dan baris.

Sambutan amat menggalakkan diterima sehingga 1200 unit cetakan sendiri ini habis terjual dalam masa 1 tahun 2 bulan yang mana 95% terjual hanya melalui facebook dan selebihnya melalui Badan Cemerlang Bookstore Plaza Angsana Johor Bahru.

Buat masa ini (2017), penerbitan baru kali ketiga Kad Imbas Khadijah ditangguhkan untuk sementara. KIK sudah tiada lagi stok sejak pertengahan tahun 2015. Mohon bersabar dengan terbitan baru kelak yang akan dikompakkan dan dipakejkan dengan beberapa item lain secara percuma, insha Allah.

 

 

 

 

 

 

 

Seterusnya pada tahun 2014, poster belajar KIK diterbitkan bagi memberi lebih banyak alternatif selain kad imbas.  Selain itu, beliau juga aktif dijemput sebagai panel penceramah bagi Program Bicara Santai “Didik Anak 0-7 tahun : Antara cabaran & realiti”.

Beliau kemudiannya mengembangkan kerjayanya menjadi Peer Counselor (rakan pembimbing) Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru bermula Disember 2014.

Tahun 2015, pengasas KIK dilamar untuk mengajar secara profesional sebagai pengajar utama subjek pengajian al-Quran, Jawi & fardhu ain di bawah Caliph Nurture Centre (private home tuition).

Di sini juga beliau menemui banyak isu pembelajaran seperti anak ADHD yang mencabar untuk mengaji serta menulis. Teknik yang sama digunapakai tetapi tidak serupa. Pengalaman ini merupakan pencapaian tertinggi buat pengasas KIK kerana dapat membantu anak ADHD mengenal semula huruf hijaiyyah & perbezaannya dengan jawi serta dapat mendorong anak ini untuk terus suka membaca al Quran.

Dalam masa yang sama Pengasas KIK  terbit sendiri E-Book “Mendorong Anak/Pelajar Suka Membaca al-Quran” & E-Komik “Geng Suka Mengaji kat Rumah Cik Jah”.

Mengembangkan lagi kerjaya sedia ada, alhamdulillah, Pengasas KIK telah memperolehi tauliah mengajar sementara daripada Majlis Agama Islam Johor pada Julai 2015. Sehingga kini, beliau sedang mengikuti kelas pengukuhan Tahsinul Quran bagi melayakkan beliau memperoleh Tauliah mengajar penuh bagi Guru al-Quran Johor tidak lama lagi.

2016, Aplikasi Android KIK berjaya diterbitkan di atas permintaan ramai. Ia boleh didapati di Google Play hingga sekarang https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mikhailgametech.kadimbaskhadijah

Selain itu, beliau merupakan Naqibah (atas kesesuaian masa) kepada Usrah Bulatan Keluarga Gembira (BKG) yang diadakan setiap 2 minggu sekali (alternate playgroup activity) yang dianjurkan oleh ibu-ibu homeschoolers di sekitar Skudai.

Terbaharu! Tahun 2017 bakal menjengah tak lama lagi ialah My Busybook KIK yang mempunyai 29 aktiviti mengasah soft skill anak kecil anda sambil belajar mengenal 28 huruf hijaiyyah tunggal berserta asas baris satu melalui emoticons dan imej yang comel! 3 dalam 1. Tiada yang  seumpamanya. Insha Allah.

 

Subscribe untuk mendapatkan artikel terkini melalui email:-

Artikel Terkini