Belajar & bermain #6

Yok main!

Timang kaki, “rumah nak roboh”.

Ada satu permainan yang sangat digemari anak anak saya yang bertiga ini.

Timang kaki sambil meneka huruf dan bacaan.

Saya cuba google imej yang menyerupai kedudukan saya dan anak anak tapi tiada yang sama.

Waktu di atas katil adalah masa yang menyeronokkan bagi anak anak dengan ibubapanya. Tinggalkan sebentar semua gajet di luar bilik tidur.

Caranya :

1. Anda berbaring di atas katil. Kaki di bengkokkan merapati perut.

2. Suruh anak duduk di atas kaki kita yang dirapatkan. Dan badan hadapannya disandarkan rapat ke kaki hadapan kita.

3. Mula menimang sambil kita pegang kedua dua tangannya. Interaksi mata ke mata.

4. Mulakan dengan bertanyakan huruf tunggal dulu.

“Huruf apa macam mata kail?”

Dia akan jawab, “Lam!”

Tanya fungsi baris pula, “Lam di depan? Lam di bawah? Lam di atas?”

Kalau jawapan betul, baru proceed lagu nyanyian seterusnya.

Biasanya, semasa ini saya akan timang anak dengan kaki ke atas dan ke bawah banyak kali sambil nyanyikan lagu (ubah lirik sendiri) begini,

“Buai laju laju.. Sampai atas rumah. Apa dalam baju. Sekuntum bunga cina.
Fathi oh fathi, rumah spiderman fathi nak roboh! Rak rak rak boom!”

(Semasa rak rak rak boom gerakkan kaki ke kiri ke kanan pula macam nak roboh dan kemudian jatuhkan anak ke kanan atau ke kiri sambil pegang tangannya)..

Dia akan jadi seronok dan mahu ulang lagi berkali kali. Hehe…

Si kecil saya Fahmi (1.9 bulan) akan minta sendiri untuk teka huruf sebelum saya nyanyikan lagu rasmi permainan ini dan sebelum saya “menjatuhkannya” di atas katil. Jika saya buat buat lupa dan tidak tanya huruf apa, Fahmi akan menjerit jerit sambil memuncungkan mulutnya.. Haha!

Dan setiap lagu bertukar lirik ikut watak kegemaran kartun masing masing.

Lagu khas Fatihah (4 tahun),

“Buai laju laju. Sampai atas pokok. Apa dalam baju. Sekuntum bunga cina. Princess fatihah oh princess fatihah, rumah princess nak roboh. Rak rak rak boom!!!”

Masing masing ketawa terkekeh kekeh dan ketiga tiganya berebut giliran mahu teka huruf dengan baris banyak banyak kali!

Hehehe… wink emoticon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *