Belajar & bermain #8

Tidak dinafikan, anak kecil ada mood tertentu apabila diajak mengaji.

Rileks ibu… Jangan terlalu kasar. Tarik nafas. Berikan ruang. Jadi pendengar yg baik.

Waktu maghrib biasanya masa untuk solat bersama dan kemudian mengaji. Tapi, semalam “anginnya” mahu makan dulu dan kemudian baru solat. Apabila memintanya untuk mengaji, seperti tiada janji yg terbit dari mulutnya. Berat. Berfikir dua tiga kali.

Tarik nafas. Telan semua perkataan seterusnya.

Semasa melayaninya makan (sambil mendengar apa jua alasan yg dihujahkan).

“Haaaa! Mak ada satu permainan baru! Siapa nak main dengan mak?”

Semua angkat tangan. Si kecil Fahmi juga sama. *Excited* hehe…

“Ok. Mak baca satu ayat ni. Siapa yg dapat sambungkan sampai habis, dia menang!”

*Angguk angguk kepala dengan laju*

Saya mulakan, “Bismillahirrahmaanirrahiim… Alif laaaam miiim…”

Kedua duanya terus menyambung bacaan ayat kedua surah al baqarah hingga ayat 8 yg sudah dihafaz bersama sebelum ini..

Masing masing berlumba lumba menghabiskan bacaan. Si kecil fahmi juga kedengaran bunyi suaranya ber”humming”… hihi…

“Bagus bagus bagus! Semuanya adalah pemenang!!! Well done.. Excellent..!” *tepuk tangan tepuk tangan*

“Ok. Sekarang, kita main fasa kedua. Siapa boleh jawab, dia menang!”

Masing masing menambah kicap lagi atas nasi dan terus berselera makan.

“Jim bawah?”
“Ji.”
“Ha alif atas?”
“Ha!”
“Panjang ke pendek ada alif?”
“Haaa.”
“Dal bawah?”
“Di.”
“Bunyikan jihaaaa?”
“Jihaaadi!”

Bila mengaji tanpa buku, fathi lah yg akan dapat menjawab dengan pantas sekali! Haha..

Manakala, bila dengan buku Fatihah lah yg dapat membaca dengan pantas pula.

Permainan ini bersambung dengan gelak ketawa (adakala tersilap bacaan tak mengapa) sehingga selesai makan. Habis nasi di pinggan.

“Mak, tengok ni abang makan habis licin!!! Lepas ni abang nak ngaji bukak bukulah pulak. Nak basuh tangan..?”

Apabila si abang buat, adik adiknya mengikut. wink emoticon

**********************************
Mudahnya memetik suis mood anak kecil. Ajak mereka bermain. Bukan “belajar”. Tackle yg sulung, semua akan jadi lebih mudah.

Selamat mencuba! smile emoticon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *