Mendorong anak kecil menghafaz 2

Selain dari juzuk amma, adalah dicadangkan terlebih dahulu untuk memperkenalkan seterusnya menghafaz permulaan & pembukaan al Quran sekurang kurangnya 5 ayat awal dari surah al Baqarah.

Ayat ini juga terkandung sebagai permulaan al mathurat di mana ia harus diamalkan oleh semua individu pada awal pagi dan malam sebagai langkah penjagaan dan perlindungan diri, keluarga dan anak anak.

1. Memandu bacaan hafazan patah per patah perkataan bahasa yang lengkap. Bukan sekerat sekerat.

2. Satu ayat hanya diulang berkali kali dalam satu minggu. Kebiasaannya dalam 3 hari anak kecil dapat mengingat lengkap satu ayat. Jangan berikan tekanan. Jika dia mahu lagi (atas kerelaannya) dalam seminggu anak kecil berupaya mengingat 3 ayat yang panjang.

3. Berikan sedikit kefahaman. Bacakan makna tafsiran ayat yang dihafaznya. Terangkan mengikut laras pemikiran dan bahasa mudah difahaminya.

*Sangat dicadangkan 5 surah awal al baqarah kerana ia mempunyai asas prinsip yang kukuh untuk diserapkan kepada anak anak sejak kecil. Ia mengenai bagaimana ingin menjadi seorang muslim yang baik.*

4. Ulang dan ulanglah setiap masa bersama anak anak walau di mana kita berada. Kerana itu pentingnya kita sebagai ibubapanya yang menghafaz terlebih dulu sebelum kita mahu anak anak kita suka menghafaz al Quran.

5. Berikan ruang dan masa.
Natijahnya, anak anak kecil akan kerap mengulangi bacaan hafazannya walau semasa mereka bermain mainan imaginasinya. Perkara yang menyeronokkan dilakukannya datang bersama ayat ayat al Quran yang menjadi zikir di mulutnya. Rumah umpama syurga.

Biar sedikit tetapi konsisten.

https://www.facebook.com/video.php?v=10152769536992745&set=o.822706877750256&type=2&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *