Tips mendorong anak suka mengaji

anakngaji

1. Jangan berleter dan marah-marah atau menyuruh anak-anak melakukan sesuatu dalam nada yang tinggi dan menengking-nengking seolah-olah tiada hari esok untuk mereka.

2. Berdoa dalam nada yang boleh didengari anak-anak supaya mereka tahu dan faham dengan sendirinya perkara yang boleh menggembirakan ibu/bapanya adalah seperti di dalam doa yang kita bacakan kepadanya.

3. Beri ruang dan masa untuk mereka hadam dan faham melalui jiwa tanpa mulut berbicara dengan panjang lebar. Doa adalah berkenaan capaian jiwa ke jiwa. Hidayah Allah tiada siapa yang boleh menjangka.

Nota : Tahan diri daripada berleter apabila apa yang disuruh, mereka liat untuk melakukannya. Tunjukkan apa yang kita mahu mereka buat dengan kita sendiri yang melakukannya terlebih dahulu. Kemudian hari, pasti mereka akan mencontohi perkara yang sama.

Anak-anak akan melakukan perkara yang sama mereka dapat lihat dan nilai daripada ibubapanya. Bagaimana mereka mahu melakukan sesuatu atas arahan kita sekiranya mereka tidak nampak ibubapanya yang melakukannya terlebih dahulu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *