Bicara Santai : Antara Cabaran & Realiti, Didik Anak 0-6 tahun

Sekitar pengalaman baru.

Saya mendapat maklumbalas daripada Tuan Penganjur. Menurut beliau ada pertanyaan,

“Siapa yang bercakap di depan ni? Pensyarah kah? Guru kah? Ustazah kah? Bunyi macam ustazah!”

Hehe…

Ini jawapannya.

Saya hanya seorang surirumah. Yang belajar dan bangkit daripada banyak kesalahan.

Meminjam semangat peer counsellor susu ibu, tiada kegagalan dalam dunia parenting, yang ada hanyalah pengalaman dan pengajaran.

Syukur digandingkan dengan pengamal, pengusaha taska yang juga merupakan lulusan pendidikan awal kanak kanak, Puan Noor Yasmin. Beliau banyak memainkan peranan dalam memberi penerangan bagi memahami pembangunan psikologi dan kognitif kanak kanak manakala saya berkongsi dalam memberikan cara/pilihan untuk menghadapi isu dan teknikal tingkahlaku kanak kanak. Termasuk cara mendorong anak kecil suka mengaji.

Teori dan praktikal yang digabungjalinkan.

Sejujurnya, saya menjadi kelu lidah apabila pengusaha tadika kerajaan selama 3 tahun memberitahu Tuan Pengurus kami bahawa inilah pertama kali dalam hidupnya mendengar satu program yang sangat berlainan daripada program yang pernah dihadirinya. Penuh pengisian mengenai bagaimana untuk menghadapi realiti cabaran semasa.

Segala puja dan puji hanya kepada Allah atas ilham dan usaha yang baik ini kepada pihak penganjur, IPKIM Johor.

Allahu akbar. Ikutkan saya ini bukanlah orang yg layak tetapi saya berniat hanya untuk berkongsi apa yg saya tahu saja dan apa yg saya amalkan selama ini bukan untuk mengajar ngajar pula. Banyak lagi yg saya tidak tahu.

Bengkel yg diadakan pada Sabtu lalu, benar benar menjentik emosi saya secara peribadi. Saya perasan ketika saya mula berkata,

“Apabila masyarakat sekeliling mula mengatakan anak kita hyperaktif atau begitu begini, jangan terlalu simpannya di dalam hati. Sebenarnya, anak ini adalah seorang yg ceria. Sangat ceria! Dia dilahirkan dengan penuh keceriaan. Dan percayalah, satu masa nanti dialah yg akan memberikan kita keceriaan di saat kita di dalam kesedihan atau kesakitan. Anak inilah sumber keceriaan bagi diri kita juga keluarga kita kelak. Dia bukan tidak sedih orang mengatakannya macam macam tapi lihatlah… Dia sentiasa belajar untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan ini dengan penuh ceria! Maka, berbahagialah… Jangan susah hati.. Hanya perlu beberapa cara untuk melayani dan menghadapi tingkahlakunya supaya jadi terkawal. Itu saja.”

Kelihatan ibu beranak 6 bersama seorang anak angkatnya itu mengesat airmatanya beberapa kali.

Berkongsi apa yg kita tahu dengan mengajar perkara orang tidak tahu adalah dua perkara berbeza.

Maka, saya berpegang untuk terus berkongsi dari hati kerana dengan cara itulah saya juga akan dapat turut belajar.

Hari ini dan seterusnya, saya mahu terus belajar. Belajar melalui pengalaman orang lain membuatkan saya terbuka lebih banyak pintu mata yg tertutup sebelumnya.

Sungguh, kebahagiaan itu dirasa apabila ia dapat dikongsikan bersama. Hidup ini penuh pilihan.

Segala puja dan puji ke hadrat Allah Ta’ala yg memanjangkan usia kita untuk menggali lagi sebanyak banyak amal kebaikan. Bagi bekalan yg akan dibawa ke sana kelak. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

 

BS1 BS2 BS3 BS4