Mereka boleh belajar sambil bermain. Dan bermain sambil belajar. Namun, pemikiran mereka harus dibentuk dengan baik supaya menjadi lebih terarah dan fokus.
Selain memperkenalkan huruf hijaiyyah sebagai asas pembacaan Al Quran, anak kecil boleh didedahkan dengan hafazan dalam waktu yg sama.
Anak kecil sangat polos. Mudah menyerap dan mengingat pada tahap yg pantas melalui ulangan. Sangat pantas.
Sayang jika disiakan waktu begini dengan ulangan lirik lagu atau filem.
Walaupun ianya bukan jatuh wajib ke atas anak kecil untuk memahami Al Quran serta membacanya namun, saya lebih gemar untuk memberi kefahaman kepada anak anak mengenai apa yg dihafaznya.
Dengan niat agar hafazan itu bukan hanya menjadi sebutan di bibir malah ia sesuatu yg berat dapat masuk dan menyerap ke lubuk hati dan terbenam padat dalam memori maklumat yg paling awal pada diri sahsiah mereka sebagai asas untuk diingati di sepanjang kehidupan ini. Insha Allah.
Bagaimana kita boleh memberi kefahaman kepada anak kecil mengenai ayat Al-Quran yg dihafaznya?
1. Bacakan terjemahan ayat secara harfiah. Hanya sekadar surface.
2. Apabila menyentuh perkara yg Ghaib (sesuatu yg berada di alam akhirat/ yg tidak boleh nampak), sebut hanya 1 perkara sahaja yg selalu kita sebutkan dan yg boleh menjadi fokus hidupnya yg masih kecil.
3. Tidak perlu disebut atau memperkatakan banyak perkara. Seiring waktu berjalan, mereka akan mempelajari perkara lain dari masa ke masa.
4. Bercakap dan buka perbincangan mengikut tahap pemahaman dan bahasa yg mudah mereka fahami BUKAN berbicara mengikut apa yg kita faham.
5. Jangan sesekali membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Tidak perlu menjadikan anak kita jadi sama seperti orang lain.
Cukup sekadar 1 ayat yg dihafaz dalam seminggu. Ulang dan ulang sentiasa. Hingga si anak mampu mengucapkannya ketika leka bermain.
Tidak perlu memaksanya menghafaz secepat dan sebanyak banyaknya seolah olah tiada hari esok.
Biar sedikit namun berterusan.
Proses belajar dan menghafaz itu adalah setiap masa sepanjang hayat. Bukan untuk peperiksaan atau berdasarkan pengharapan ibubapa.
Bersama Taufiq Allah dan kejayaan. Insha Allah.