1. Luangkan masa setiap hari hanya 30 minit bersama anak selepas solat. Adalah dicadangkan masa selepas solat Maghrib.
2. Bermula seawal 2 tahun. Ajak anak bersolat bersama-sama. Tidak mengapa anak yg masih belum mumayyiz ikut/meniru ibubapanya bersolat tanpa kefahaman yg betul.
3. Selepas bersolat, luangkan masa. Ajak anak-anak untuk mengaji bersama atau mendengar bacaan Al-Quran yg dibaca oleh kita ibubapanya.
4. Luangkan masa untuk mengajarnya mengenal huruf-huruf asas dalam Al-Quran dengan cara yg seronok sambil bergurau senda dan ketawa. Dicadangkan penggunaan Kad Imbas Khadijah kerana mempunyai elemen yg pelbagai untuk menjadikan suasana pembelajaran amat menyeronokkan.
5. Bacakan 1 surah pendek dari Juzuk ‘Amma yg diulang 3 kali atau lebih dengan tajwid yg betul supaya anak-anak dapat mendengarnya dan ikut mengulanginya seberapa banyak yg boleh hingga anak-anak dapat mengingatinya.
Tidak mengapa jika anak-anak mahu memegang Al-Quran sendiri sambil menunjuk-nunjuk pada mukasurat yg dibukanya walaupun entah apa yg ditunjuknya. Jangan marah. Tunjukkan sahaja cara yg betul memegang Al-Quran dengan baik.
6. Ajak anak mengulangi surah pendek yg dihafaznya pada bila-bila masa supaya ingatannya dapat ditukar menjadi memori.
7. Berikan anak masa untuk menyimpannya sebagai memori kerana ia harus kekal menjadi memori jangka panjang hingga ke akhir hayat. Tapi, sebelum itu kita harus faham yg memorinya hanya baru tersimpan di peringkat memori jangka pendek. Tidak mengapa jika kita bermula dengan surah yg pendek-pendek dahulu. Pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut kemampuan dan ia harus bersifat ‘sedikit demi sedikit’ dalam jangka masa panjang.
Dengan kesabaran dan keinginan yg tinggi serta doa kepada Yang Maha Pemberi, Insha Allah, anak-anak permata syurga kita boleh menjadi penyelamat kepada kita dan memakaikan kita mahkota terindah di Dunia abadi kelak.
Bi iznillah!