Ingin mendorong anak suka mengaji tanpa perlu marah-marah atau menggunakan rotan ?

Secara keseluruhannya..akak tengok ebook ni agak berbaloi untuk diperolehi oleh sesiapa sahaja sebab pengisian amat bernas. Agak mudah difahami. Akak harap cik jah akan terus memberikan ilham yang terbaik untuk anak-anak generasi akan datang. Terima kasih banyak-banyak.

 Puan Hamsah Sibil, Sabah. Ibu kepada 5 org anak.

Saya dah dapatkan ebook ini. Pada saya sangat memberangsangkan dan membantu sekali. Ayatnya mudah, simple to understand. Saya membacanya semasa ke KL baru-baru ni di dalam perjalanan. Dan banyak yang saya pelajari… Saya cuba balik dan amalkan untuk anak saya, mengulang hafalan dan tajwidnya.. Kadangkala rasa mahu marah juga apabila berperang dengan air matanya… Jika dulu saya kata kan ” main ipad, tengok tivi berjam boleh..baca Quran 5 ayat sudah menangis macam ibu dera..”

Saya cuba bertenang tatkala hafalannya tergagap-gagap dan sudah mula bertakung air mata bila saya suruh ulang baca ayat yang sama 7kali… Saya bangun, dan tunaikan solat Isyak.. Biar saya juga bertenang daripada marah-marah ketika mengaji dan anakanda Zaffran, mengulang 7 kali bacaan ayat-ayat yang tergagap tadi… Usai solat, saya panggil dia dan suruh dia ulangkan bacaan surah Al-Balad dari mula hingga akhir… Alhamdulillah… Berjaya tanpa tergagap dan lupa… Jika ada tajwid yang silap, saya diam dahulu… Kemudian saya ulangkan semula bacaannya tanpa saya beritahu ” salah tu baca..kena panjang…silap bunyi tu…. patutnya begini…” selesai tasmi’ ..saya puji beliau… “bagus sekali bacaannya..sedap ibu dengar. Bila tak ulang hafalan memang mudah lupa.. Sudah baca 7 kali, insyAllah ingat semula….. Ibu suka anak ibu hafal Quran. nanti boleh masuk syurga sama -sama “.

“Terima kasih ibu… Zaffran solat Isyak ya… Nanti boleh masuk syurga sama-sama ” katanya bangun dan solat Isyak tanpa saya suruh.

Alhamdulillah. Saya juga senang hati tak payah cakap banyak dengannya lagi.

Puan Ruqayyah Mohd, Pegawai Dietition HUSM, Kelantan.

  • “Anak cilik sebenarnya mempunyai jiwa dan perasaan yang telus dan jernih. Sebagai orang dewasa, ia bergantung bagaimana kita memandang mereka dan bagaimana kita MENGHORMATI JIWA yang berada di hadapan kita. Manusia mana yang tidak berubah. Hakikatnya, corot prestasi termasuk corot akhlak hanyalah situasi sementara yang boleh berubah-ubah mengikut masa dan motivasi seseorang. Anak-anak hanya memerlukan tunjuk ajar serta dorongan yang berterusan untuk membuat satu-satu perubahan.” —–

    Perkongsiaan hebat ini adalah dari ihsan puan Khadijah Gani. Terima kasih puan. Tulisan dan pengalaman beliau mengajar ngaji kepada anak-anak mendorong saya mendapatkan ebook tulisan beliau. Baru sahaja baca permulaan bab, (kerana si kecil saya juga sama ‘bantu’ dan ‘teman’ saya membaca ^_^) sudah buat saya terangguk-angguk setuju dan terinspirasi. Dan sekarang amanah baru mendidik anak-anak kelas saya membaca dan mengaji dengan betul, insyaAllah. Itu niat saya. Dan mengajar kanak-kanak 10 tahun yang aktif dan lasak, dalam kategori kelas terakhir semestinya mencabar. Mudahan perkongsian ini bermanfaat. Doakan.

Puan Khairunnisa’ Jauri, Guru Kafa Institut Tahfiz AlQuran Negeri Sembilan.

Download Ebook

cover3d-800-trans

 

Sinopsis

Himpunan memori dan kisah indah di bawah subjek “Mengaji kat rumah CIk Jah” yang dihadiri seramai 40 orang anak lelaki dan perempuan yang berumur antara 2 tahun hingga 17 tahun.

Beberapa teknik berdasarkan Hadith Nabi s.a.w. diaplikasi bagi mendorong minat anak-anak untuk suka mengaji dan belajar asas solat seterusnya membaca al-Quran tanpa menggunakan rotan mahupun bentakan sedikitpun.

Harga : RM30 (Diskaun 50% sempena pelancaran)

Cara Pembelian

1. Bayaran RM15 dibuat kepada NUUN (CIMB 8602 00 6418)

2. Emellkan butir-butir maklumat
[nama penuh, alamat, no. telefon & emel] + bukti slip bayaran kepada  >  admin@sukamengaji.com

3. Pengesahan penerimaan bayaran dan EBook akan terus diemelkan selepas bayaran disahkan.

* Mohon subscribe link yang dihantar dalam masa 5 hari. *

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

kaverBARUkaver2

pg06

Terbaharu!

E-Komik Da’wah Edisi Terhad : Siri Pengenalan Geng Suka Mengaji

Mengandungi ibrah dan pedoman yang boleh diambil pengajaran buat ibubapa dan remaja.

Kisah benar yang berlaku di sepanjang Kelas Mengaji Persendirian (tidak berbayar) Cik Jah & juga Usrah Cik Jah seminggu sekali. Bagaimana remaja dapat menyelesaikan isu harian mereka berdasarkan salah satu Hadith 40 yang dibaca secara rawak.

Cara Pembelian

1. Bayaran RM15 dibuat kepada NUUN (CIMB 8602 00 6418)

2. Emellkan butir-butir maklumat
[nama penuh, alamat, no. telefon & emel] + bukti slip bayaran dengan tajuk Emel “Pembayaran E-Komik Geng Suka Mengaji”  kepada  >  admin@sukamengaji.com

3. Pengesahan penerimaan bayaran dan E-Komik akan terus diemelkan selepas bayaran disahkan.

* Mohon subscribe link yang dihantar dalam masa 5 hari. *