Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…. Iqra’!

Ruangan ini diwujudkan khas untuk mengabadikan kisah dan pengalaman yang berlaku di sepanjang Kelas Mengaji Cik Jah (persendirian di rumah) yang bermula pada bulan Oktober 2012 hingga kini, tahun 2015.

Perkongsian pengalaman di sini adalah untuk menjadi iktibar dan berkongsi idea untuk para ibubapa dan guru khasnya bagaimana untuk mengajar anak cilik untuk suka belajar mengaji berbanding bermain gajet, serta umumnya dalam apa jua pelajaran yang perlu kepada satu bentuk dorongan yang berterusan mengenepikan cara kekerasan mahupun paksaan.

Keberhasilan mengaplikasi sedikit sebanyak teknik yang dicerap daripada Hadith Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam ini sangat mengujakan saya secara peribadi. Selain mendorong anak dan pelajar untuk punya semangat mengaji ia juga mendorong diri saya sendiri untuk berubah terlebih dahulu menjadi seorang yang lebih tenang, penyabar, ikhlas dan redha dalam segenap perkara di dalam rutin harian.

Subhanallah!

Walau apa jua nama teknik yang digunapakai ianya ternyata berkesan apabila diaplikasikan ke atas anak-anak cilik ini. Malah, akhirnya ia membantu saya mengubah persepsi bahawa mengajar mengaji tidak perlu kepada marah-marah atau menggunakan rotan sedikitpun.

Mengapa perlu mengajarkan ayat-ayat Allah Ta’ala harus disertakan dengan api kemarahan?¬†Walhal, zikrullah ini adalah nuur cahaya yang penuh kesejukan bakal singgah mendiami hati-hati pembacanya.

Bukankah Baginda Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kepada kita supaya jangan marah (la taghdhob) dan terus bersabar (fasobrun jameel)?

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad wa ‘ala aali sayyidina muhammad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *