Tips berhadapan dengan anak pelat ketika mengaji

1. Tahan marah. Anak yang pelat pasti tidak boleh membunyikan makhraj huruf dengan betul. Jangan mengharapkan semuanya betul.

2. Tunjuk dan bunyikan cara membunyikan huruf yang betul. Walaupun begitu, mereka masih membunyikan sebahagian huruf dengan tidak betul. Jangan marah.

3. Tutup mata dan telinga di atas kesalahan bunyi huruf yang disebabkan oleh pelat. Berlapang dada.

4. Puji dan hargai usaha mereka yang pelat dan nampak gigih menyebut sebutan dengan betul walaupun memakan masa yang lama untuk membunyikannya.

Tiada guna memarahi atau menggertak anak yang pelat ketika mengaji. Apabila kita memberikan mereka lebih ruang dan masa untuk silap menyebut sesuatu huruf atau bacaan, semakin luas ruang dan pengalaman mereka untuk belajar menyebut sesuatu huruf dengan betul.

Tiada dosa bagi anak kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *