Belajar & bermain #10

kik2

Main susun kad.

Kebiasaannya, apabila menggunapakai kad imbas, samada kita cenderung memegang kad atau si anak yg memegang kad (seperti yg pernah saya kongsikan sebelum ini).

Inilah kelebihan menggunapakai kad imbas sendiri. Kita boleh menggayakannya mengikut kesesuaian waktu dan emosi anak.

Anak mengaji perempuan berumur 6 tahun ini sangat rajin datang mengaji. Dia baru mengenal huruf. Sebelum ini, dia hanya menghafal lagu alif ba ta sahaja. Apabila ditunjuk huruf secara rawak dia tidak boleh mengenalpastinya dengan betul.

Hari ini hari keempat menggunapakai kad imbas khadijah.

Masuk saja dalam rumah terus diambilnya set kad imbas ini tanpa saya suruh lagi. Lalu, mengeluarkannya sendiri.

“Cik Jah, saya nak susunkan kad boleh?”

“Boleh! Baik, cuba susunkan semua kad ni ikut turutannya alif sampai ya. Boleh?”

Dia memang bijak! Dilihatnya poster suka mengaji yg saya tampal di dinding rumah kemudian mengikut turutan ikut gambar. Dia masih belum habis kenal kesemua huruf hijaiyyah ini.

Saya tidak melarang perbuatannya. Saya biarkan dia mencari jalan sendiri untuk menyusun walaupun dia tidak tahu. Sementara saya mengajar orang lain mengaji dulu.

“Cik Jah, dah siap.”

“Bagus dah siap! Cepat sarah susun. Baik, kita check sama sama ya.”

Saya pun memintanya menyebut huruf satu persatu. Sampai di tengah ada yg dia masih tidak ingat hurufnya.

Tidak mengapa. Hanya pandunya yg betul.

Alhamdulillah. Dia dapat ingat dengan cepat berdasarkan bentuk dan rupa huruf. Juga berdasarkan beberapa pasangan huruf berkembar yg saya selalu highlightkan melalui perbandingan ciri huruf dan gambar.

Sin – Shin
Sod – Dhot
To – Zho
‘Ain – Ghain

Pasangan kembar yg paling laju dapat diingatinya dan menyebutnya dengan betul berbanding huruf lain.

Tak terasa seperti belajar.

Hanya mahu bermain menyusun kad sahaja. Hehe.. wink emoticon