Belajar & bermain #13

#13.3 susunkad9 susunkad6 #13.2 #13.5 #13

Mengenal perbezaan huruf hijaiyyah dengan huruf jawi.

Kerjaya baharu saya sejak dua minggu ini sedikit sebanyak “memaksa ” saya untuk berfikir di luar kotak.

Isu pelajar : Si ibu meminta saya mengajar mengaji serta jawi sekaligus. Ini kerana anak lelakinya darjah 3 dan bersekolah agama juga darjah 3 masih tidak tahu langsung membaca jawi. Selama ini si ibulah yang membacakan buku untuk anaknya tiap kali menjelang peperiksaan.

Saringan asas dibuat. Ternyata kesemuanya (termasuk pelajar perempuan 10 tahun & 7 tahun) ini tidak tahu langsung perbezaan huruf hijaiyyah dengan jawi. Pada mereka semuanya ialah JAWI. Subhanallah!

Mereka tidak tahu apa apa langsung.

Apabila disuruh senaraikan huruf hijaiyyah yang mereka tahu saja, pun mereka tidak dapat menulisnya hingga habis. Terkebil kebil matanya.

Daripada mengeluh atau mencari salah silap pihak lain, baik saya ajarkan saja apa yang sepatutnya mereka perlu tahu dan belajar.

Saya memulakan dengan mengenal huruf hijaiyyah menggunakan kad imbas saya ini. Mudah. Kerana mereka sudah dapat membaca al Quran dengan baik. Hanya sekali sekala terlupa huruf.

Menggunakan kad imbas khadijah ini mereka lebih cepat mengingat dengan kata kunci. Tiada masalah. Mereka bergelak ketawa melihat gambar gambar berimaginasi itu. Seperti menonton kartun. Terhibur. Tidak sempat mengantuk. Tapi melekat bentuk rupa huruf dengan objek yang tertera.

Sesudah itu, saya minta mereka senaraikan kesemua huruf hijaiyyah semula dan membetulkan apa yang salah. Kali ini lancar. Berjaya menulisnya hingga habis sambil bergelak ketawa mengingati wajah atok tanpa gigi itu. Haha!

Selepas itu, saya pandunya memperkenalkan hanya tambahan 6 huruf saja yang berbeza daripada huruf hijaiyyah. Dengan contoh perkataan dalam bahasa melayu. Manakala, huruf hijaiyyah perlu mengambil contoh perkataan dari dalam al Quran.

Jawi = Bahasa Melayu = huruf + huruf

Hijaiyyah = Bahasa Arab = Bahasa al=Quran = huruf + baris

Menggunakan jawi TIDAK BOLEH dengan baris.

Alhamdulillah, dalam masa dua jam yang diperuntukkan mereka sudah boleh mengetahui perbezaan huruf hijaiyyah dan jawi juga dapat mengingati kesemua huruf hijaiyyah dan jawi dengan baik sekali!

Latihan perlu diteruskan.

*Bersambung.