Untuk tips seterusnya, saya kongsikan di sini.
Setelah anak-anak sudah dapat mengingat dan mengenalpasti ciri huruf melalui “key word” yg kita berikan, seterusnya aplikasi huruf dengan mana-mana baris asas.
Contohnya semasa saya dan anak-anak di dalam kereta. Saya akan katakan begini,
“Eh eh.. Mak nampak pokok! Pokok macam huruf apa?”
“Alif!”
“Ok betul.. Alif kalau baris depan (kena muncung mulutkan?) bunyinya macamana?”
“Uuuuu!”
“Bagus! Betul! Emm, kalau Alif baris di bawah?”
“Ieee!”
(Dan seterusnya)..
Semasa nak makan mee nampak taugeh pula.
“Taugeh macam huruf apa ek?”
“Mim.”
“Kalau mim baris bawah, bunyinya macamana?”
“Miiii!”
Hahaha…
(Seterusnya, boleh disebutkan mana-mana huruf dengan mana-mana baris yg mahu mereka sebutkan. Jika tersalah, betulkan sahaja. Suasana semasa makan atau di dalam kereta, atau semasa melawat zoo juga bertambah ceria!)
Kesimpulannya :
“Belajar” bagi anak-anak kecil tidak harus dibataskan di hadapan buku dan perlu duduk diam sahaja. Manakala, “bermain” bagi anak kecil tidak harus dipandang dalam konotasi negatif. Fitrah bagi anak kecil untuk bermain kerana itulah caranya mereka belajar. Fitrah mereka belajar pula adalah melalui mereka bermain.
Ajarlah mereka tak kira masa, di mana jua dengan cara yg dapat menawan hati mereka. Insha Allah, ini akan memberi persepsi yg positif bagi menggalakkan mereka untuk berasa mahu dekat mempelajari ilmu membaca al-Quran di masa mendatang. Bi iznillah!