Memperkenalkan huruf Mad Asli dan fungsinya

madasli

Ceritanya begini,
“Apabila abang nampak ada raksasa/dinosour depan mata apa yang abang akan buat?”

Anak sulong saya berumur 5 tahun menjawab, “Menjeritlah aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” (sambil berlari ke kiri dan ke kanan menyelamatkan diri lagaknya). Haha!

“Bagus! Abang akan menjerit panjang-panjang kan? Abang nak dengar 1 cerita tak tentang 3 raksasa adik-beradik?” (Macam adik-beradik Numb Chuck terkenal hehe..)

Dia mengangguk laju tidak sabar mendengar cerita.

“Ada 3 raksasa yang abang mesti tengok betul-betul! Kalau terjumpa mana-mana 3 beradik ni, abang mesti baca dia panjang sikit 2 harkat. Kalau tak jumpa raksasa ni baca macam biasa je 1 harkat. 3 raksasa tu ialah :
1. Raksasa panjang (Alif sebelumnya berbaris atas) ATAU raksasa kontot (alif kecil di atas huruf).
2. Raksasa mulut besooorrrr (Waw sebelumnya berbaris depan).
3. Raksasa kaki dua macam itik (Ya sebelumnya berbaris bawah).

Cuba kita perhatikan sama-sama nak?”

Sejak itu, mudah saja mengajar huruf Mad kepada anak bujang saya ini. Hehe.. Saya memberinya masa dan sengaja mahu melihat berapa lama masa yang diambilnya untuk betul-betul mahir. Tiada paksaan, tiada tekanan.

Fathi dan adiknya memang suka mengaji. Dia selalu mengaji di petang hari atau selepas solat Maghrib (lebih kepada hafazan al-Quran). Kadangkala, tidak kira waktu dan ketika. Saya membuat persetujuan bersama iaitu selepas menonton satu kartun bermakna selepas itu perlu membaca satu mukasurat. Jika menonton dua kartun, perlu mengaji dua mukasurat. Hehe.. Fathi setuju dan tiada bangkangan.

Alhamdulillah, dalam 2 minggu dia sudah dapat membaca panjang pendek dengan betul dengan sempurna sekali! Dia tahu mana perlu dibaca panjang atau pendek. Saya tidak menyangka sama sekali. Saya ingatkan dia memerlukan masa lebih lama lagi.

Adakalanya, dia terlupa seperti tak nampak tapi sekejap saja dia sendiri akan membetulkan bacaannya sendiri tanpa perlu ditegur.

Subhanallah!

Manakala, saya dapati anak perempuan saya lebih direct dan mudah diajar mengenai panjang-pendek bacaan. Fatihah 4 tahun juga dengan mudah dapat mengingat cerita ini hingga adakalanya dia mengingatkan abangnya pula dan bergaduh ini raksasa apa.. Hehe..

Sejak itu, saya memberikan cerita yang sama kepada anak-anak mengaji yang sudah besar panjang yang masih “sesuka hati melanggar” panjang pendek bacaan. Mereka bergelak ketawa mendengar cerita raksasa ini. Hahaha.. Macam budak kecil kata mereka!

Tapi, apa boleh buat. Apabila sudah diajar hukum Mad Asli 3 huruf ini amat susah mereka mahu ingat, terpaksalah saya “mencipta” satu cerita yang mungkin menyenangkan mereka untuk mudah ingat sampai bila-bila.. Hehehe..