Belajar & bermain #3

warna warni

Dengan adanya Poster Belajar Hijaiyyah ini anak-anak boleh membaca dan mengulangkaji tak kira masa malah pada setiap masa mereka bermain, mereka akan singgah dan menunjuk-nunjuk seterusnya membacanya dengan sendiri. Jika saya tidak sempat, mereka akan belajar sesama sendiri. Walaupun baru bangun tidur! Sedang bersarapan dan belum mandi lagi. Hehe..

Adakala pula semasa mengajar mengaji ada yang ‘blurrr’ untuk seketika. Saya hanya perlu menunjukkan kepada mereka poster hijaiyyah ini dan terus hilang ke’blur’an mereka. Tidak perlu membuka kad imbas semasa sibuk mengajar anak mengaji yang lain.

Kebiasaannya, anak-anak suka melihat dan memberi ‘komen’ dengan menjelajah segenap gambar latar yang ada dalam poster ini.

“Burung-burung ni ramai-ramai nak pergi mana mak?”

“Ini haiwan apa? Kenapa dia duduk kat bunga?”

“Kenapa songkok budak laki ni tinggi sangat mak?”

“Yang macam terang warna kuning ni haiwan apa mak?”

“Kenapa budak ni tak ada gigi? Semua orang kan ada gigi?”

Hehe.. Sengaja saya mahukan gambar latar yang boleh menarik perhatian anak-anak untuk melihat potensi mereka berfikir kritis semasa belajar. Samada boleh atau tidak mereka mencipta soalan yang mampu mencabar imaginasi orang dewasa untuk menjawabnya.

Daripada soalan-soalan yang terbina, mulalah saya bercerita.. Hehe..

Jika contohnya soalan-soalan sebegini tidak keluar daripada mulut anak-anak kita, bermakna kita yang harus bertanyakan soalan-soalan sebegini kepada anak-anak.

Lebih mencabar imaginasi lebih baik!

Mencipta daya pemikiran kritis anak-anak sejak kecil juga perlu sebagaimana kita mahu memupuk daya pemikirannya menerima dan memproses maklumat dalam skala kecil mereka sendiri.

Membentuk pemikiran kreatif dan kritis anak-anak sejak kecil.