Corot tidak semestinya corot untuk selamanya. Mengapa di dalam dunia ini ada anak yg pandai dan ada yg corot?
Masih ramai anak mengaji yg membaca al-Quran dengan melanggar panjang pendek bacaan. Iqra’ 2 adalah subjek yg memperkenalkan panjang pendek bacaan. Ada seorang anak 6 tahun ini masih pelat terlalu pekat. Za, Dza dan beberapa huruf lain kedengaran sebutannya berbunyi ‘Ja’.
Kebanyakan masa saya ‘tutup mata’ pada sebutannya. Ini kerana jika saya mahu membetulkan sebutan pelatnya, alamat memang tidak ke manalah dia mengaji seterusnya menyebabkan dia kebosanan dan boleh jadi penat mencuba kerana semua yg diucapkannya salah. Perlahan-lahan saya membetulkan kedudukan lidahnya.
Minggu lalu, anak ini baru masuk Iqra’ 2. Bagaimana saya mahu membezakan bacaan panjang pendeknya sedangkan sebutan pun masih ada yg pelat dan tidak jelas?
Mula-mula saya menyuruhnya mengetuk meja (guna apa yg ada saja tak mampu membeli). Ikut Teknik al-Baghdadi. Satu ketukan pendek, dua ketukan untuk bacaan panjang.
Namun, oleh kerana dia masih pelat, saya nampak dia berusaha keras dan terpaksa menumpukan fokus lebih kepada keseluruhan muka dan mulutnya dengan melonjakkan sedikit badan ke depan untuk mengeluarkan bunyi panjang (2 harakat) dan pendek. Hingga dia tak boleh (tak sempat) untuk mengetuk apa-apa..hehe.. Comel!
Apabila saya melihat dia terkebil-kebil matanya membezakan bacaan 2 harakat dengan 1 harakat sambil badannya terhinjut-hinjut beberapa kali, saya mendapat ilham baharu.
Ting!
Untuk memudahkannya, saya katakan begini.
Panjang 2 harakat, beliakkan mata besar-besar dan sebut, Naaaaa.
Bacaan pendek yg tiada Alif (1 harakat), kebilkan mata sekali saja dan sebut dengan pantas, Na!
Dia mencuba..
Menakjubkan! Betul semua bacaannya. Hingga di akhir muka surat dia ketawa mengekek-ngekek kerana banyak terkelip-kelip dan beliakkan mata disebabkan semua huruf di dalam buku tertulis Na saja. Hahaha..
Sebenarnya, bukan dia seorang yg ketawa mengekek, saya dan beberapa anak mengaji yg besar panjang semua ketawa melihat keletahnya dan kesungguhannya membunyikan panjang pendek bacaan.. Ketawa bukan mengejek tapi memang tak boleh tahan kerana dia kelihatan tersangat comel apabila membeliakkan mata dan mengelipkan mata silih berganti!hehe..
Waktu mengaji adalah masa yg menyeronokkan!
Selepas ini bakal menyusul “Teknik Khadijah Gani” smile emoticon
Nota : Yang corot tidak semestinya corot selamanya. Anak yg corot sangat istimewa dan penuh dengan inspirasi yg segar. Carilah ia.