Langkah pertama memperkenalkan huruf al-Quran

alifbata

Bagaimana ibu ayah memulakan langkah pertama memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak kecil?

Ini adalah catatan saya pertama kali memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya seawal usia 2-3 tahun semasa itu.

1. Beli flash-card Iqra’. Inilah flashcard pertama yang saya gunakan. Ketika ini,Kad Imbas Khadijah belum lagi diterbitkan. Hanya selepas itu saya mendapati bahawa saya perlu memperkenalkan Huruf Tunggal terlebih dahulu sebelum anak-anak boleh faham fungsi baris-baris asas, barulah saya terdetik menerbitkan sendiri Flashcard yang memperkenalkan Huruf Tunggal.

2. Umur sekitar 2-3 tahun memang suka menconteng. Alang-alang suka menconteng, saya ajak mereka “menconteng” dengan meniru bentuk Huruf Tunggal dan kemudia diikuti dengan 3 baris asas sahaja. Kerana ritmanya mereka sudah tahu, sekarang fungsi setiap baris harus diajar supaya mereka faham bagaimana ritma yang dihafalnya itu boleh terhasil.

3. Pembelajaran dibuat dalam waktu mereka bermain. Atau sesudah mereka menonton 1 kartun kegemarannya. Ia harus diseimbangkan dengan apa yang mereka tonton. Saya cuba untuk tidak melebihkan salah satu aktiviti daripadanya kerana kanak-kanak bawah 6 tahun fitrahnya memang suka bermain selain menonton kartun (cabaran kartun/ipad/tab masakini). Namun, ia harus dikawal. Seimbangkannya.

4. Waktu tidur, dijadikan waktu yang santai. Sebelum tidur, bergolek-golek, bercerita tentang syurga, Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan mengapa perlu kita mengaji. Keesokan paginya, mereka bangun dengan matlamat yang lebih terarah dan masih teringat detik bergolek-golek semalam mengapa mereka perlu belajar mengaji. Apabila mereka faham tujuan, punya matlamat yang jelas, maka mereka lebih mudah dipujuk seterunya tidak menjadikan kita menyuruh-nyuruh mereka mengaji malah, mereka yang menyuruh kita pula mengajarkan mereka mengaji dengan sendiri.

Catatan penuh di sini http://khadijahgani.blogspot.com/…/mendorong-anak-cilik-men…

Kongsikan pengalaman pertama ibu ayah sekalian?